Tadi masa balik dr tahlil kat umah Aizat, Intan ckp dia penah terbaca satu buku nie yg tulis...
Jangan bersedih jika kita kehilangan sesuatu kerana semuanya milik Allah...so kita sebagai hambaNya mestilah selalu bersyukur....
MasyaAllah
Intan, thx for the reminder...
Intan, thx for the reminder...
Kadang kala bila diri ini bersedih...
Ingatkah aku bahawa semua itu adalah milikNya?
Kadangkala bila diri ini bergembira...
Bersyukurkah aku pada nikmatNya?
Kadangkala bila diri ini ditimpa sedikit kesusahan...
Bersabarkah aku dengan dugaan tersebut?
Pernahkah diri ini menyalahkan takdir yang ditetapkan?
Masih adakah omelan-omelan kecil meniti di bibir ini?
Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampunilah hambaMu ini...
Semoga aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur...Ameen
Aku pernah menangis dikala mengambil keputusan SPM
Aku pernah menangis apabila kerana berkecil hati dengan gurauan kawan-kawan
Aku juga pernah menangis mengenangkan dugaan yang menimpa keluargaku
Aku pernah bersedih kerana tidak mendapat university yang aku inginkan
Aku juga pernah bersedih apabila dibanding bezakan
Aku pernah bersedih kerana dikhianati
Tapi...
Tanpa kesedihan dan tangisan itu...
Mungkin aku tidak akan setabah hari ini...
Mungkin aku tidak mampu untuk berdiri diatas kakiku pada hari ini...
Mungkin aku tidak mengenal hati budi manusia dan dunia pada hari ini...
Dan mungkin...
Aku bukanlah aku pada hari ini
THANK YOU ALLAH
Mulai hari ini aku berazam agar
~tidak mudah mengeluh
~apabila ditimpa ujian, be cool and think rationally, don’t ever blame the qada’ and qadar
~bersyukur dengan segala-galanya cuz aturan Allah itu cantik...cantik untuk segala-galanya...mungkin pada hari ini kita tidak menyukai aturan itu, tetapi sebenarnya ia adalah yang terbaik buat kita...wallahualam~
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah:216)
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:286)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (AL-Imran:139)
INSYALLAH!!
**Sila berhenti merungut malas nak balik IPBA and malas nk belajar plz, cause plz remember...ada org nk sgt2 nk belajar tp terpksa bercuti dgn lama...sedangkan aku aman damai je kat sini...dan sila ingat bahawa jika rasa diri ini menderita....ada orang yang lebih menderita di luar sana, sila bersyukur wahai diri...
No comments:
Post a Comment